Tukar Tulisan Di Papan Tanda Tindakan Biadap, Arahan Politikkah?

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata tindakan menukar tulisan jawi ke tulisan bahasa lain di papan tanda jalan di satu kawasan adalah tindakan biadap.

Selain itu, ia seperti cubaan membuang khazanah Melayu memandangkan tulisan jawi adalah khazanah Melayu.

Mohamad mempersoalkan tindakan tersebut memandangkan terkejut dengan perubahan tersebut dan penukaran tersebut perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Malah, Mohamad mempersoal sama ada ia adalah usaha atau arahan dari orang politik dan tindakan tersebut perl dikekang, seperti yang dipetik dari Sinar Harian.

“Jadi membuangnya dan menempatkannya dengan tulisan bahasa Cina contohnya merupakan satu usaha yang sangat tidak harmoni dalam konteks Malaysia. Dan apabila PBT membenarkan tulisan Jawi diubah ke tulisan lain, ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

“Sama ada ini arahan daripada orang politik atau usaha PBT itu sendiri (menukar tulisan Jawi) jelas ini satu perbuatan yang perlu segera dibanteras,” katanya.

Mohamad Saleeh memberitahu, perkara ini jika tidak ditangani dengan segera wujud kebarangkalian ia akan melarat di semua bandar khususnya mana-mana kawasan yang dipimpin oleh mana-mana parti politik yang ada kepentingan perkauman.

“Wujud juga kebarangkalian kaum lain menuntut agar bahasa mereka juga diguna pakai pada papan tanda nama jalan juga akan berleluasa,” katanya lagi.

Pertukaran tulisan papan tanda di sebuah kawasan menjadi tular selepas seorang penduduk Shah Alam di akaun Twitternya mempersoalkan mengapa mesti papan tanda nama jalan di kawasannya bertulisan bahasa Cina.

Individu ini juga mempersoalkan mana hilangnya tulisan Jawi yang sebelum ini digunakan pada papan tanda nama jalan itu.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika memberi maklum balas kepada pengguna Twitter yang mengetengahkan isu ini memaklumkan, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Januari 2017 telah memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa selain daripada rumi, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan jawi manakala di kampung baru menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.