Suka Tabur Fitnah, Adakah Menteri Pendidikan Nak Ajar Anak Muda Berbohong, Najib Soal Maszlee

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hairan apabila Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik gemar mencari salah serta menyalahkan kerajaan terdahulu berhubung isu yang melibatkan Kementerian Pendidikan.

Ujar Najib, bagaimanapun isu yang dibangkitkan menteri berkenaan akhirnya terjawab sekaligus membuktikan bahawa ianya bukan salahlaku pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Sudah lebih 6 bulan mentabdir. Sampai bila kerajaan PH mahu menyalahkan kerajaan BN dahulu?

“Adakah Menteri Pendidikan kita sekarang mahu mendidik anak-anak muda kita untuk berbohong dengan bersungguh-sungguh dan membuat tuduhan liar sebelum menyiasat?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau merujuk kepada tuduhan Maszlee sebelum ini yang mendakwa dana sebanyak RM36 juta untuk menolong 22 sekolah-sekolah Tamil untuk tahun ini telah hilang di bawah pentadbiran BN.

“Akhirnya, kebenaran sudah muncul bahawa dana ini walaupun peruntukkan ini telah di luluskan oleh saya melalui surat, tetapi ia tidak sampai kepada sekolah kerana kerajaan PH tidak meluluskan saluran dana itu selepas menang PRU14.

“Di bawah pentadbirkan saya dari tahun 2009 hingga 2018, hampir RM900 juta ringgit peruntukkan untuk kesemua 524 telah  disalurkan terus kepada akaun sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah untuk membaikpulih kemudahan di SJKT.

“Mereka tidak pernah diketepikan. Apabila dimaklumkan, Menteri Pendidikan terus senyap,”kata Najib.

Begitu juga isu misteri kehilangan susu apabila Maszlee menuduh wang untuk susu kanak-kanak di bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M) juga telah hilang.

“Tetapi, hasil siasatan menunjukkan  semua susu yang patut dibekalkan untuk tahun 2017 telah berjaya dibekalkan kepada 7,000 sekolah. Begitu juga untuk tahun 2016,” katanya sambil menyertakan laporan mengenai perkara itu sebagai bukti.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa lima syarikat yang dilantik bagi tujuan pembekalan susu PS1M mengesahkan telah menghantar kesemua minuman bantuan berkenaan kepada lebih 7,000 sekolah yang terlibat bermula Ogos hingga Oktober tahun lalu.

“Susu sekolah tak hilang. Malangnya, program susu ini tidak diteruskan untuk tahun ini selepas PH menang kerana dana peruntukan untuk tahun ini tidak diluluskan dan disalurkan oleh kerajaan PH sendiri.

“Sekali lagi didapati kerajaan PH sendiri yang salah tetapi menteri pendidikan mahu mempersalahkan saya dan kerajaan BN dahulu,” kata Najib. 

Maszlee sebelum ini menyatakan sebuah pasukan khas akan dibentuk bagi menyiasat kesalahan pentadbiran dahulu membabitkan Kementerian Pendidikan.

Maszlee dilaporkan berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha membongkar kesalahan kerajaan terdahulu.

Kata Maszlee, pasukan khas yang ditubuhkan akan melihat semula tawaran rundingan langsung dan semua projek yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan pentadbiran terdahulu.

Antaranya mengenai misteri kehilangan susu daripada program bantuan susu kerajaan dahulu, bernilai jutaan ringgit selepas tidak dihantar ke sekolah sejak tahun lalu.  -SuaraTv 

7 thoughts on “Suka Tabur Fitnah, Adakah Menteri Pendidikan Nak Ajar Anak Muda Berbohong, Najib Soal Maszlee

  • November 18, 2018 at 8:04 pm
    Permalink

    Rosak dah..rosak!! Semakin junam ruyup dipinggir rakyat!! Khianat pd dymm agong negara rakyat yg undi?? Muak muntah meluat menyampah tgk…!!
    Poorah…penyamun..??

    Reply
    • November 18, 2018 at 8:07 pm
      Permalink

      Tnggu hukuman seberat2nya ya!! Smga kuncu2 kau pun sekali didapati bersalah ??
      Cakaplah apa je dlm pintu besi ya!!!! Komen lah sama2 sendiri..
      Sapa pun tk marah…!!

      Reply
  • November 18, 2018 at 8:09 pm
    Permalink

    Moga2 terbukti salah laku semuanya..biar tahu sapa benar sapa yg pesalahnya??, tepislah ya..?

    Reply
  • November 18, 2018 at 8:10 pm
    Permalink

    PH terbaik amanah tanpa rasuah??

    Reply
  • November 18, 2018 at 8:11 pm
    Permalink

    Kau khianati rakyat..tipu curi duit rakyat?? Nk bawa mana duit2 tu????

    Reply
  • November 18, 2018 at 8:13 pm
    Permalink

    Pembelot pencuri penyamun.
    Tu yg bolih?? Hidup tk berkat pun?? Tk senang mana pun??
    Tk lena tidur pun kan??

    Reply
  • November 18, 2018 at 8:14 pm
    Permalink

    Byr la jamin juta2 lagi ya?? Kes pun byk sgt??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.