Pakatan Harapan Akan Tewas Pada PRU-15 – Nurul Izzah

SHAH ALAM – Nurul Izzah Anwar berkata Pakatan Harapan akan tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika gagal membuktikan membawa Malaysia Baharu yang dijulang-julang sebelum ini.

Katanya sehingga kini rakyat tetap menantikan apakah PKR relevan untuk diharapkan.

“Apa itu Malaysia Baru? Rakyat masih menanti maknanya…Ia bukan stesen terakhir bagi PKR. Kita harus merumuskan formulanya.

“Jika gagal (berbuat demikian) kita akan menanti hukuman (daripada) rakyat,” katanya di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, hari ini.

“Tiada jaminan untuk kita menang dalam PRU ke-15. Relevannya PKR apabila kita relevan dengan suara rakyat,”katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan Ke-13 hari ini.

Mengulas mengenai pemilihan parti yang berlangsung sebelum ini berkata, anggota parti itu yang tidak memiliki sikap sabar sehingga menjadi punca berlakunya pertelingkahan.

“Memandangkan pemilihan kita kali ini begitu sukar, kita kena berterima kasih yang tak menang, yang menang, yang menjalankan tugasan kerana kita bersama hari ini, ada yang tercalar teruk, ada yang berdarah, tak habis-habis berdarah sehingga ke saat ini.

“Kita mengharungi laluan sistem satu ahli satu undi secara teorinya kita mahu jadi parti demokrasi kalis masa depan yang mendepani cabaran namun ada juga tercalar.

“Dan Presiden asal (Wan Azizah Wan Ismail) 20 tahun ,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terima kasih kerana bersabar, kalaulah ramai orang mampu bersabar seperti ini mungkin kurang sedikit pertelingkahan kita,”tambahnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.