Menteri PKR Patut Disalahkan Jika tak Buka Mulut

SHAH ALAM – Menteri-menteri yang berada dalam kabinet digesa tidak mengunci mulut  dalam mesyuarat Kabinet sebaliknya menggunakan platform mereka untuk bersuara demi rakyat.

Menurut Rafizi Ramli ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan Ke-13, tiada guna meraih jawatan dan gaji yang tinggi dalam kerajaan persekutuan sekiranya gagal melaksanakan tugas hakiki kepada rakyat.

“Pesanan saya kepada yang menang, yang jadi menteri, saudari jangan ke mesyuarat jadi menteri tapi tidak bercakap apa-apa, saudara-saudari kena bela rakyat…Saudara-saudari gaji puluhan ribu,” ujarnya.

Jika sebaliknya yang berlaku, menteri-menteri daripada parti itulah yang patut disalahkan jika gabungan itu kalah pada pilihan raya yang akan datang.

“Kalau gagal melaksanakan tugas sebagai menteri saudara-saudari akan membawa kekalahan kepada kita,” katanya.

PKR mempunyai wakil teramai dalam Kabinet Malaysia dengan tujuh orang Menteri dan tujuh Timbalan Menteri.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.