Jangan Gelar UMNO Parti Tahi, Kita Pun Asalnya Dari UMNO, Kata Pemimpin PKR

SHAH ALAM – Perwakilan PKR diingatkan supaya tidak menghina mana-mana parti politik termasuk UMNO dengan memberi gelaran parti tahi.

Naib Presidennya, Datuk John Ot Ghani, turut mengingatkan perwakilan bahawa kebanyakan pemimpin parti itu sebenarnya berasal dari UMNO.

“Dalam sesi perbahasan semalam, ada perwakilan memanggil UMNO sebagai parti tahi. Tidak seharusnya keluar daripada mulut perwakilan.

“Saya ingin mengingatkan kerana kita asalnya dari UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional PKR Ke-13 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Sesi perbahasan ucapan dasar Presiden semalam gamat apabila seorang perwakilan menggelarkan UMNO sebagai parti tahi.

Perwakilan dari Johor, Yasharudin Kosni, dilaporkan berkata, keahlian anggota PKR kini bertambah termasuk mereka yang sebelum ini daripada UMNO.

Menurutnya, perkara itu turut diakui Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan ‘langau’ parti itu sedang berterbangan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.