Anwar Kepalai PKR, Azmin Diumum Sebagai Timbalan

SHAH ALAM – Sebagaimana yang dijangka,  Datuk Seri Azmin Ali kembali menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2018-2021.

Azmin akan berganding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diangkat sebagai Presiden PKR baharu menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi menewaskan pencabar tunggalnya, Rafizi Ramli yang menyaksikan persaingan sengit dalam perebutan jawatan nombor dua parti itu.

Barisan kepimpinan tertinggi Majlis Pimpinan Pusat bagi penggal 2018-2021 itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Rashid Din.

Sementara itu jawatan tiga Naib Presiden PKR diisi oleh Tian Chua, Dr Xavier Jayakumar, Nurul Izzah Anwar dan Zuraida Kamaruddin.

Semalam Haniza Mohd Talha diumumkan sebagai Ketua Wanita menggantikan Zuraida Kamaruddin, manakala Akmal Nasrullah Mohd Nasir pula dipilih sebagai Ketua AMK baharu, menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ini merupakan pemilihan pertama kali yang diadakan selepas PKR membentuk kerajaan di bawah payung Pakatan Harapan (PH).

Bagi pemilihan kali ini sebanyak 76 jawatan dipertandingkan di peringkat pusat dan 10,212 jawatan lagi membabitkan persaingan di peringkat cabang. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.