Singapura Gantung Hubungan Dagang Dengan Pyongyang

SINGAPURA – Notis dari kastam Singapura mengatakan kerajaan menggantung semua hubungan dagangan dengan Korea Utara.

Menurut laporan CNN, semua import dan eksport melibatkan negara itu diharamkan bermula 8 November lalu.

Notis mengatakan, mereka yang melanggar arahan tersebut boleh didenda atau dipenjarakan sehingga dua tahun, lapor Sinar.

Bagaimanapun, Singapura masih memelihara hubungan diplomatiknya dengan Pyongyang.

Ketika ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mengetatkan lagi sekatan ke atas Korea Utara.

Usaha terbaru, PBB menyasarkan sekatan ke atas beberapa firma dan individu.

Majoriti perdagangan Korea Utara pula dilaporkan berjalan dengan China yang merupakan penyokong terbesar ekonomi Pyongyang.

PBB dan AS berharap sekatan agresif terhadap Korea Utara akan menyebabkan negara tersebut menghentikan program senjata nuklearnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.