Video : Azmin Perlu Jelaskan Isu Nilai SPLASH Harga Tinggi Kata Mat Nadzari

BATANG KALI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan nilai pengambil alihan SPLASH dengan harga yang tinggi.

 

Beliau berkata, perkara itu menjadi persoalan mengapa boleh berlaku percanggahan fakta di antara Azmin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim.

“Azmin mengatakan hampir 2.9 bilion harga itu yang khalid menidakkannya atas sebab-sebab tertentu. Kalau saya lihat dariada perbandingan ini khalid mempunyai fakta yang cukup meyakinkan sehingga menimbulkan keraguan tentang cadangan Azmin untuk membuat pengambilalihan SPLASH.

 

“Ini kerana ada perbezaan dalam pengurusan pengambilalihan itu yang banyak sehingga RM900 juta banyak tu nak buat apa? Siapa yang nak tanggung tu? Duit mana yang hendak diambil?

 

“Apa yang berlaku antara Azmin dan Tan Sri Khalid ini mempunyai keraguan, dimana di dalam dewan saya dah menekankan (perkara ini) saya tak mahu pada kali ini akan melonjak peruntukan pembangunan ini menjadi ‘station kickback’ dalam penyediaan bagi peruntukkan pilihan raya,”katanya dalam temubual Ekslusif SuaraTV, semalam.

 

Sebelum ini, Azmin dilihat sengaja tidak memberi ruang kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan isu berkaitan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) yang masih tertunggak sehingga kini.

 

Mat Nadzari menggesa Azmin menjawab isu berkaitan penstrukturan semula air ini ke siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) sekiranya beliau benar-benar telus dan terbuka dalam hal ini.

 

Malah beliau juga mahu dakwaan Azmin semalam, bahawa Khalid berselindung di sebalik nilai sebenar pengambilalihan SPLASH dibawa ke siasatan SELCAT.

 

Terdahulu, kerajaan negeri, menerusi pentadbiran Khalid berjaya mengambil alih tiga syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS).

 

Hanya SPLASH sahaja yang belum dimuktamadkan meskipun tempoh rundingan pengambilalihannya berakhir pada Oktober lalu.

 

Sebelum ini Khalid menawarkan nilai pengambilalihan SPLASH hanya RM250.6 juta selepas mengambil kira liabiliti yang ditanggung syarikat itu, namun ditolak syarikat konsesi itu dengan menegaskan nilai syarikatnya berjumlah RM2.5 bilion setakat 31 Disember 2013 dan jika dikira tempoh konsesi 16 tahun yang perlu dilupus, syarikat itu bernilai RM3.9 bilion.

 

Sebaik sahaja Azmin dilantik menggantikan Khalid, ADUN Bukit Antarabangsa itu dikatakan hampir bersetuju untuk membayar jumlah pampasan yang dituntut SPLASH iaitu RM2.7 bilion, peningkatan sebanyak RM2.45 bilion daripada tawaran asal.

 

Khalid menyifatkan sebagai satu pembaziran wang rakyat jika kerajaan negeri pimpinan Azmin akur dengan jumlah yang dituntut SPLASH itu.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.