Sudah Boleh Namakan Anak Panda

KUALA LUMPUR – Zoo Negara buat pertama kalinya mempamerkan anak panda betina kepada pengunjung mulai 17 November ini.

 

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana berkata, anak panda gergasi itu mula dipamerkan selepas tiga bulan dikuarantin bersama ibunya, Liang Liang.

 

“Kita akan pamerkan anak panda itu dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang setiap hari mengikut keizinan ibunya buat masa tiga hingga empat minggu ini.

 

“Kemudian, kami mungkin akan membuat dua sesi, pukul 10 pagi hingga 11 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang,” jelasnya.

 

Tambahnya, dengan kelahiran anak panda gergasi tersebut, ia dijangka menambah 80 peratus pengunjung dalam dan 20 peratus pengunjung luar ke Zoo Negara.

 

18 Ogos lalu, Liang Liang selamat melahirkan seekor anak panda betina pada pukul 1.45 petang seberat 175 gram.

 

Kelahiran anak panda pertama ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang menyaksikan ibu panda melahirkan anaknya secara semula jadi dalam kurungan hanya dalam tempoh 15 bulan selepas ia dipinjam dari republik China.

 

Anak panda itu akan dihantar pulang ke China selepas dua tahun berada di Malaysia.

 

Mengikut perjanjian antara Malaysia dan China, Xing Xing dan Liang Liang akan berada di Malaysia selama 10 tahun.

 

Pasangan panda gergasi yang dipinjamkan China tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lalu sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.

 

Sementara itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Malaysia Zoological Society (MZS) menganjurkan pertandingan menamakan anak panda tersebut.

 

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pertandingan yang bermula 17 November hingga 17 Disember depan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

Wan Junaidi menjelaskan ia sebagai usaha mempromosi aktiviti pemuliharaan hidupan liar.

 

“Ia terbuka kepada orang ramai dan nama itu mestilah dalam bahasa Mandarin dan mempunyai maksud yang menarik serta original,” katanya.

 

Katanya, keputusan penamaan anak panda gergasi itu akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua negara iaitu China dan Malaysia.

 

Kepada yang berminat, boleh layari laman web htpp://www.nre.gov.my/sites/pandamalaysia/

5 thoughts on “Sudah Boleh Namakan Anak Panda

  • December 3, 2015 at 10:44 pm
    Permalink

    Mey ling sia….. boleh lah nama ni datuk sri dr junaidi nk pakai kereta nii

    Reply
  • December 3, 2015 at 10:52 pm
    Permalink

    Pandemic pac haah yg ni ok nama boleh lah motor sebuah buat pegi cari rezeki

    Reply
  • December 3, 2015 at 11:01 pm
    Permalink

    Pandalinda=maksud dia panda yg cantik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.