Bunuh, Makan Alat Sulit Perogol Isterinya

JAKARTA – INDONESIA . Sepasang suami isteri yang baru berkahwin bertindak memotong, memasak serta memakan alat sulit seorang lelaki yang dibunuhnya.

 

Pasangan yang ditahan berhubung pembunuhan itu mendakwa lelaki tersebut sebagai perogol isterinya dan mengaku melakukan jenayah tersebut selepas mendapati isteri yang baru dinikahinya tidak mempunyai dara.

 

Rudi Efendi, 30, berkata, dia melakukan pembunuhan tersebut untuk melegakan rasa “sakit hati” nya selepas isterinya mendakwa menjadi mangsa rogol kepada lelaki tersebut.

 

“Saya begitu marah’, katanya, lapor AFP.

 

Sementara itu, menurut jurucakap polis, Rudi menyuruh isterinya untuk mengadakan pertemuan bersama mangsa sebelum bertindak menikam mangsa, memotong alat kemaluan dan kemudian membakarnya di dalam van.

 

“Kes masih berada dalam siasatan namun mengesyaki kes ini adalah satu pembunuhan terancang,”katanya.

 

Terdahulu, mayat mangsa ditemui di dalam sebuah van terbakar awal Oktober lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.