Lagi Serangan Pengganas Di Paris

PARIS – Tiga maut di utara Paris, pada awal pagi tadi. Menurut laporan BFMTV yang merupakan rangkaian sekutu CNN, dua pengganas maut dalam serbuan itu, manakala seorang lagi masih hidup dan bersembunyi dalam sebuah bangunan.

 

Seorang daripada pengganas itu ditembak mati penembak hendap polis, manakala seorang lagi wanita bertindak meletupkan dirinya.

 

Seorang lagi orang awam yang melalui lokasi kejadian turut terbunuh ketika operasi itu dijalankan.

 

Manakala sekurang-kurangnya tiga anggota polis cedera dalam serbuan itu.

 

Menurut laporan agensi berita AFP, kira-kira 50 anggota tentera dikerahkan ke pinggir bandar Seine-Saint-Denis di utara Perancis, pada Rabu, di mana insiden berbalas tembakan sedang berlaku antara polis dan beberapa suspek pengganas.

 

Mereka ditempatkan di sepanjang jalan utama berhampiran sebuah pangsapuri, di mana suspek yang dipercayai ada kaitan dengan satu siri serangan pada Jumaat lalu bersembunyi.

 

Beberapa letupan kuat dan tembakan turut kedengaran, ketika polis melancarkan serbuan pada subuh tadi, bagi memburu suspek yang terbabit dalam satu siri serangan meragut 129 nyawa di Paris, lima hari lalu. – TRP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!