Dana IS Dibiayai 40 Negara – Putin

ANTALYA – TURKI. Presiden Rusia, Vladimir Putin, mendakwa sebanyak 40 buah negara terlibat dalam memberi dana dan sokongan kepada kumpulan militan IS, termasuk negara-negara anggota kelompok 20 ekonomi utama dunia (G20).

 

Menurut Putin, maklumat berkenaan diperolehnya hasil risikan pasukan penyiasat Rusia.

 

“Saya menunjukkan beberapa contoh berdasarkan data pembiayaan individu swasta yang merupakan unit IS. Kami menyimpulkan dana ini diberikan kepada IS menerusi  40 negara terbabit dan di antaranya ada beberapa negara anggota G-20 terlibat,” katanya yang di petik laman web valuewalk.com.

 

Walau bagaimanapun, Putin tidak secara khusus menyatakan 40 buah negara berkenaan.

 

Menurutnya, sebahagian besar dana diperoleh IS daripada hasil perdagangan minyak mentah di pasaran gelap.

 

“Saya telah menunjukkan foto-foto yang diambil dari luar angkasa kepada para pemimpin dunia, yang secara jelas menunjukkan konvoi trak IS untuk perdagangan minyak dan produk petroleum secara haram,” ujar Putin.

 

Menerusi pendedahan itu, Putin lantas menyeru masyarakat dunia untuk bersama-sama memerangi kelompok IS.

 

“Ini bukan saatnya membahaskan tentang negara mana yang lebih efektif menyerang kelompok IS.

 

“Kini saatnya masyarakat dunia bersatu melawan kelompok pengganas ini, kita memerlukan sokongan Amerika Syarikat, negara-negara Eropah, Arab Saudi, Turki dan Iran,” kata Putin.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.