Anonymous Mula Bocorkan Maklumat Peribadi IS

Kumpulan penggodam,  “Anonymous” yang mengisytiharkan perang ke atas negara Islam, mula membocorkan maklumat peribadi suspek kumpulan militan IS yang terlibat dalam serangan di Paris, minggu lalu.

 

Memetik laporan The Independent, kumpulan aktivis itu menghimpun senarai akaun Twitter dan laman web sekurang-kurangnya satu posting dilihat mengandungi butiran termasuk alamat suspek yang dikenali sebagai perekrut ISIS di Eropah.

 

Susulan itu, mereka akan menyerang laman web kumpulan pengganas dan mengenalpasti akuan Twitter kumpulan itu untuk melumpuhkan laman sosial tersebut.

 

Menurut kumpulan itu, mereka yang disyaki pengganas, akan dikenal pasti untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

 

Terdahulu, kumpulan itu muncul dan menjalankan kempen ke atas kumpulan militan IS sejak tragedi Charlie Hebdo Januari lalu. Kali ini, mereka mengadakan ‘operasi terbesar’, sebagai tindak balas kepada serangan yang menyebabkan lebih 120 nyawa terkorban di wilayah itu.

 

Bagaimanapun tiada maklumat yang dikongsi kumpulan itu disahkan.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.