Wakil DAP Dirujuk Ke JK DUN

Kuching – Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini merujuk seorang anggota pembangkang, Violet Yong (DAP-Pending) ke Jawatankuasa Keistimewaan berhubung keengganan menarik balik kenyataannya yang menggesa Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meletakkan jawatan.

Speaker Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengeluarkan perintah itu selepas majoriti anggota dewan mengundi supaya beliau dirujuk ke jawatankuasa selepas gagal menarik balik kenyataan itu yang dibuatnya semasa membahaskan Belanjawan negeri Jumaat lepas.

Semasa perbahasan, beliau berkata “… menteri tidur semasa bertugas. Beliau langsung tidak tahu tentang masalah pembalakan secara haram yang perlu ditangani di bawah portfolionya selama bertahun-tahun.”

Anggota pembangkang itu selanjutnya menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, menyingkirkan Awang Tengah daripada kabinet negeri.

Awang Tengah mengemukakan usul itu dan disokong oleh Datuk Fatimah Abdullah (BN-Dalat).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.