Tanah Runtuh Di KM 4.2 Genting Highlands Pagi Tadi

Kuala Lumpur – Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 12.2 menuju Genting Highlands iaitu 1.5 kilometer sebelum jalan keluar ke Gohtong Jaya di sini malam ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Genting Highlands berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.30 malam tadi ketika hujan lebat.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kejadian itu bagaimanapun tidak menjejas lalu lintas kerana hanya dua lorong naik di kawasan tanah runtuh ditutup, iaitu di bahagian jalan menghala ke Gohtong Jaya.

“Kerja pembersihan jalan dan pembukaan jalan alternatif kini sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang ramai berhubung kejadian itu.

Sebuah jentera dengan enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.