Suami Ceraikan Isteri Sebab Tak Balas WhatsApp

Arab Saudi – Seorang suami dari Arab Saudi dilaporkan menceraikan isterinya kerana mesej WhatsApp tidak dibalas.

Menurut Gulf News, isteri dikatakan langsung tidak membalas atau memberi respon terhadap mesej dihantar suaminya walaupun dia dilihat sentiasa online di aplikasi perbualan itu.

Risau sesuatu berlaku, si suami bergegas balik dari pejabat namun mendapati si isteri sedang enak menonton televisyen. Apabila ditanya mengapa tidak membalas mesej, isterinya mengaku terlalu sibuk chatting dengan rakan-rakan dan akan membalasnya kemudian.

Tanpa teragak-agak suami tersebut terus melafazkan talak ketika itu juga.

Suami wanita tersebut yang berusia dalam lingkungan 30-an, dikatakan sudah lama berang dengan perbuatan isterinya yang gemar menghabiskan masa dengan ‘bermain’ telefon bimbit.

Perbuatannya yang tidak dapat berenggang dengan telefon juga didakwa telah membuat wanita tersebut lalai dalam menguruskan rumah tangga dan anak.

Tak tahan dengan situasi tersebut, si suami akhirnya menjatuhkan talak kepada isteri yang sudah dinikahinya selama dua tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.