‘Samseng Ludah Cermin Kereta’ Ditahan Polis

Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 50-an yang gambarnya tersebar dalam laman-laman sosial kerana disyaki membuli pemandu lain di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berdekatan susur keluar ke Putrajaya semalam, ditahan malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, lelaki tersebut ditahan setelah polis bertindak atas maklumat daripada mangsa yang membuat laporan sejurus selepas kejadian.

Lelaki itu mengamuk kerana pemandu wanita berkenaan telah membunyikan hon terhadapnya berikutan pemanduannya keluar masuk laluan secara berbahaya.

Dia melepaskan marahnya dengan merosakkan kereta wanita berkenaan dan meludah di cermin keretanya.

Dalam kejadian yang dipos di laman Facebook lalu menjadi viral itu, lelaki berkenaan menghentikan kenderaan SUV-nya di tengah jalan sebelum keluar lalu menumbuk cermin tingkap kereta Alisia Thean, selain meludah serta merosakkan pengelap dan cermin sisi kereta wanita berkenaan.

Dalam postingnya yang mendapat 5,000 perkongsian serta lebih 1,000 komen itu, Thean menulis dia membunyikan hon terhadap pemandu SUV di hadapannya kerana pemandunya kerap bertukar laluan secara berbahaya. Lelaki berkenaan ketika itu juga membawa seorang penumpang wanita.

Katanya, selepas menghentikan keretanya secara tiba-tiba di hadapannya, “lelaki itu kemudian mengetuk cermin tingkap kereta, merosakkan alat pengelap dan mematahkan cermin sisi kereta saya.”

Posting itu juga menyiarkan 15 keping gambar lelaki berkenaan melakukan perbuatan berkenaan dengan gambarnya serta SUV-nya jelas kelihatan.

Thean juga memberitahu pengguna Facebook yang meninggalkan komen, dia sudah melaporkan kejadian berkenaan kepada polis yang mengesahkan ia jelas perbuatan buli jalan raya.

Awal tahun ini di Kuantan, seorang wanita menyerang seorang lelaki selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Samseng Ludah Cermin Kereta

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Samseng Ludah Cermin Kereta 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.