Rumah Tangga Kate Middleton Dan Putera William Dilanda Masalah?

Kuala Lumpur – Kemunculan Putera William dan Kate Middleton di khalayak ramai menjadi perhatian pihak media dan umum kerana kemesraan yang sering dipamerkan oleh mereka berdua. Lebih-lebih lagi selepas kelahiran putera sulung mereka, George Alexander Loius yang lahir pada bulan Julai tahun lalu.

Namun baru-baru ini, berita kononnya rumah tangga mereka dilanda masalah semakin tersebar luas dan mungkin bakal berakhir tidak lama lagi.

Semuanya berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapi oleh Kate Middleton yang mengalami alahan teruk seperti muntah dan mual yang ekstrem iaitu sejenis alahan Hyperemesis Gravidarum.

Sumber terdekat di Istana Buckingham menjelaskan mereka berdua mempunyai pendapat yang berbeza dan sering berbalah lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal rumah tangga.

Keadaan tidak menentu yang dialami oleh Kate Middleton bagaimana pun sudah beransur pulih, namun hubungan dengan Putera William dikatakan semakin renggang selepas mereka berbalah mengenai perkara-perkara yang remeh.

Terbaru, Kate mengambil keputusan untuk menyambut hari Natal di kampung halamannya, Buckleburry, namun mendapat tentangan dari William dan memaksa mereka menghabiskan waktu bersama keluarga di raja sahaja.

Perkara tersebut membuatkan hubungan mereka semakin tegang selepas kedua-dua mereka gagal untuk mencapai kata sepakat dan sehingga kini mereka dikatakan tidak gembira dengan situasi yang berlaku. Malah kemungkinan mereka berdua bakal mengakhiri perkahwinan mereka selepas kedua-duanya dilihat tidak mahu mengalah.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana mahupun daripada mereka berdua. Namun persoalannya adakah pasangan bahagia ini akan berpisah akibat perbalahan yang timbul? – Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.