Letup Diri Lepas Bergaduh

Hesse – Seorang lelaki yang berang berikutan perbalahan antara keluarganya bertindak membunuh diri dengan meletupkan bahan letupan di luar rumahnya.

Kejadian itu turut mencederakan tujuh orang.

Jurucakap polis Thomas Rodemer berkata, pergaduhan yang berlaku di rumah lelaki berusia 49 tahun itu menyebabkan dia memandu keretanya dan pulang serta meletupkan dirinya di dalam kenderaan yang diletakkan di luar rumah itu.

Tujuh orang, termasuk ahli keluarga dan jiran serta dua anggota polis yang dipanggil bagi menyelesaikan perbalahan keluarga itu cedera akibat terkena serpihan.

Beberapa rumah jirannya juga rosak akibat kejadian berkenaan.

Rodemer berkata, lelaki yang namanya tidak didedahkan mempunyai lesen untuk menggunakan bahan letupan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.