Kenyataan Sharizat Nak ‘Buat Anak’, Jadi Bahan Ketawa di India

New Delhi – “Rasanya macam nak ‘buat’ anak,” seloroh Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang kemudiannya disambut dengan gelak tawa perwakilan satu persidangan di ibu negara India.

Sebelum itu, para perwakilan sambutan ulang tahun peringatan ke-125 “Pandangan Dunia Nehru dan Legasinya: Demokrasi, Penglibatan dan Pemerkasaan” kelihatan letih dan mengantuk.

Namun sebaik sahaja Sharizat tampil memulakan ucapan, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu hanya mengambil lapan minit sebelum menukar suasana dewan kembali hangat.

“Selepas makan tengah hari yang hebat dan dengan tidak kurang daripada 10 penceramah… rasanya macam nak ‘buat’ anak. Nampak saja mudah, tetapi percayalah, bukan senang nak melahirkannya. Oleh itu, harap tuan dapat bersabar dengan saya,” katanya kepada pengerusi sesi itu, yang menyebabkan para anggota perwakilan ketawa.

“Namun, saya perlu mengingatkan anda semua bahawa nama saya ialah Shahrizat iaitu versi Melayu bagi nama Parsi, Sha-ha-ra-zat. Bagi anda yang tidak tahu, Shah-ha-ra-zat boleh bercerita sehingga 1001 malam. Jadi, nampaknya anda tidak akan pulang awal,” selorohnya lagi.

Setelah anggota perwakilan kembali cergas, Shahrizat memperkatakan mengenai Jawaharlal Nehru, perdana menteri pertama India yang memberi sumbangan besar kepada dunia termasuk memperkasakan wanita.

“Saya dapati encik Nehru mahukan wanita supaya memainkan peranan mereka sebagai warganegara yang saksama dalam pembangunan negara. Tidak seperti di Barat, wanita di India mendapat hak untuk mengundi pada masa yang sama dengan lelaki.

“Sama juga bagi wanita Malaysia yang bertuah kerana perdana menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman berkata ‘Sebelum kita berjuang untuk kemerdekaan negara, kita mesti berjuang untuk kebebasan wanita kita”.

Shahrizat berkata sesuai dengan semangat Nehru, wanita di Malaysia telah dapat menceburi pelbagai sektor.

“Wanita juga adalah rakan pintar bagi lelaki dalam membangunkan negara, seperti mana yang berlaku di India. Kami di Malaysia mengamalkan demokrasi inklusif yang memperkasakan terutamanya golongan muda dan wanita,” kata Shahrizat sambil disambut dengan tepukan gemuruh daripada anggota perwakilan wanita.

Naib Presiden Kongres Kebangsaan India, Rahul Gandhi, turut memuji ucapan Shahrizat.

“Saya lihat anggota perwakilan wanita memberi tepukan gemuruh. Saya berharap anda mendapat banyak sokongan dalam segala-galanya (yang anda lakukan). Jika mereka tidak (berikan sokongan), anda boleh datang ke sini,” katanya dalam nada seloroh.

Pada akhir sesi itu, para anggota perwakilan bergilir-gilir memuji Shahrizat.

Seorang anggota perwakilan berkata: “Ucapan anda menyegarkan… hilang rasa mengantuk kami.”

Seorang lagi anggota perwakilan pula berkata: “Saya akan menjemput anda menghadiri perhimpunan pilihan raya saya yang akan datang.”

One thought on “Kenyataan Sharizat Nak ‘Buat Anak’, Jadi Bahan Ketawa di India

  • June 23, 2018 at 7:09 pm
    Permalink

    nak bersara ke tak de hal….jgn lari pula…. semoga kes lembu NFC di bongkar semula …. mcm ada something wrong….. siasat dan dakwa ada salahlaku …. hak rakyat mcmna menteri dpt tender lembu…pelik ni..aneh… hairan sgt2 lah…. tak sedar ke hak rakyat yg kau ambil…tak tk leh fikir ke…..otak ubi ….senget betul….mereng…. tunggulah….tak sabar2 nak tengok kroni2 kuncu2 disiasat dan didakwa dan dipenjara……

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.