RM5.3 bilion merangkumi 17 bantuan pendidikan diperuntuk kerajaan tahun depan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyalurkan 17 bantuan pendidikan dengan peruntukan RM5.3 bilion mulai tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi bantuan makanan asrama, selain RM870 juta meningkat ketimbang RM 784 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Jelasnya, RMT bakal memanfaat lebih 860,000 murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.

“Hampir RM 800 juta Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

“Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta ketimbang RM150 juta tahun ini,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025, di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bagi meningkatkan akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, Anwar memaklumkan kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan.

“Kerajaan bersetuju kadar PCG bagi Pendidikan TVET ditingkatkan sebanyak 15 peratus menjadikan peruntukan keseluruhan PCG berjumlah lebih RM900 juta,” katanya.

“Peruntukan khas RM10 juta disediakan sebagai Bantuan Persekolahan kepada semua 687 sekolah pedalaman.

“Selanjutnya, Kerajaan bersetuju Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada RM530 sebulan berbanding RM430,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat