RM300 juta diperuntuk tingkatkan keterjaminan makanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2025 memperuntukkan RM300 juta bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tahun depan itu meningkat RM150 juta berbanding tahun ini.

“Antara kelemahan ketara kita, kebergantungan yang tinggi kepada import makanan walhal punyai kesuburan tanah dan kemampuan meningkatkan keterjaminan makanan negara.

“Justeru tahun depan, RM300 juta disediakan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok berbanding RM150 juta tahun ini.

“Ini antaranya untuk menyokong pengeluaran bawang di Perak, ternakan talapia merah di Pahang dan peningkatan hasil padi di Negeri Sembilan.

“Kerajaan bersama badan swasta akan memanfaat hampir 8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dan agensi rangkaian mereka untuk melaksanakan projek pertanian seperti perusahaan ayam organik dan lembu serta tanaman berkelompok,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Agrobank menyediakan kemudahan pinjaman RM200 juta kepada pengusaha agromakanan yang menyokong keterjaminan makanan dan pertanian lestari.

“Sejumlah RM27 juta turut disediakan sebagai insentif kepada petani dan penternak untuk meningkatkan ternakan lembu pedaging, ruminan kecil kambing pedaging, kambing tenusu dan bebiri serta pengeluaran bawang tempatan,” bentang beliau.

Terkait industri padi negara Anwar berkata, projek penanaman padi 5 musim 2 Tahun di kawasan MADA Fasa 1 dimulakan melibatkan hampir RM1 bilion dengan keluasan hampir 11 ribu hektar.

“Ini mampu meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus selain melonjakkan pendapatan 6,100 pesawah sebanyak 43 peratus.

“Pengurusan padi di Sekinchan, Sabak Bernam terbukti menghasilkan padi lebih banyak sehingga 12 tan sehektar. Kerajaan akan memulakan projek rintis bagi memperoleh baja termasuk baja organik mengikut kawasan penanaman padi secara tender terbuka.

“RM65 juta disediakan bagi membangunkan pengairan dan saliran jelapang padi serta meluaskan estet padi FELCRA di Sabah dan Sarawak.
147,” katanya.

Kesejahteraan pesawah dan nelayan terus dipelihara katanya, sejumlah RM2.78 bilion disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan, meningkat berbanding RM2.6 bilion, kata Anwar.

“Kerajaan bersetuju menaikkan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan kepada RM84,000 berbanding RM56,000 untuk Semenanjung dan RM90 ribu ringgit berbanding RM68,000 untuk Sabah dan Sarawak,” kata Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat