Baru Setengah Jam Diumum Sertai PKR, Kini MP Bukit Gantang Nafi Pula

IPOH – Kemasukan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Fasal dalam PKR menimbulkan teka-teki apabila tidak sampai setengah jam berita beliau menyertai PKR disiarkan media, tuan empunya badan tampil menafikan.

Syed Abu Hussin berkata, kenyataan disiarkan mengenai keahliannya dalam PKR tidak benar sama sekali.

“Saya tidak pernah memohon untuk menjadi mana-mana ahli parti selepas keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 27 Jun 2018 lalu,” katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Berita berkaitan; Setiausaha Politik Anwar Tarik Balik Kenyataan Selepas Ahli Parlimen Nafi Sertai PKR

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin berharap pihak yang mengeluarkan berita tidak benar itu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataan itu bagi membersihkan namanya.

Terdahulu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Syed Abu Hussin diterima masuk ke dalam PKR selepas permohonannya diterima oleh Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada hari ini. – Sinar

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!