Zahid Sah Ditahan SPRM, Didakwa Esok

KUALA LUMPUR- Presidem UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hami ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

Dalam satu kenyataan media, SPRM memaklumkan penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

“Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (19 Oktober 2018), pukul 9 pagi untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Selepas lima kali dipanggil memberi keterangan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas menerima notis serah diri.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir tepat pukul 3 petang memakai baju batik dengan menaiki kenderaan SUV Lexus berwarna putih.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.