Zahid Enggan Diikat Jamin, Mahu Bermalam Di Lokap SPRM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan menerima cadangan peguamnya supaya beliau memohon kebenaran untuk diikat jamin agar tidak ‘bermalam’ di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara berkenaan dimaklumkan isteri Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis sewaktu ditanya pemberita sama ada suaminya akan ditahan hari ini.

“Peguam hendak bagi dia (Ahmad Zahid) keluar, tetapi dia tak mahu. Jadi, dia akan di sini sampai esok pagi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penahanan Presiden UMNO itu, Hamidah berkata dirinya hanya akur, sambil menambah, beliau mengharapkan rakyat akan terus mendoakan suaminya.

“Saya OK la, dulu 10 hari masa Datuk Seri menjadi Ketua Pemuda UMNO (pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri).

“Insya Allah, jangan risau, cuma doa untuk beliau,” katanya.

SPRM hari ini mengesahkan penahanan Zahid.

Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata Zahid yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri ditahan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akal Budi, sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh keluarganya untuk menjalankan kegiatan amal.

Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk pertuduhan. -SuaraTv 

One thought on “Zahid Enggan Diikat Jamin, Mahu Bermalam Di Lokap SPRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.