Tindakan Terhadap Zahid Untuk Alihkan Perhatian Rakyat

KUALA LUMPUR – Penahanan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka dilakukan petang ini adalah satu tindakan tersedak kerajaan untuk mengalihkan perhatian rakyat yang gagal melunaskan janji dalam menifesto Pakatan Harapan.

Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan berkata, Akta Pengubahan Wang Haram (Amla) digunakan kerajaan untuk beri tekanan kepada seorang demi seorang musuh politik mereka termasuk Ahmad Zahid yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

“Adakah prinsip ‘Rule of Law’ yang dilaung benar- benar diamalkan untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia? Atau akan berterusan dengan pendakwaan terpilih dan politik dendam? soalnya.

Menurutnya, sayap parti itu akan tetap berdiri teguh di belakang Zahid walau berhadapan situasi sukar.

“Saya menyeru kepada semua ahli Puteri untuk turun beramai ramai bersama saya ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, jam 7.30 pagi pada Jumaat ini dengan berpakaian warna merah,” katanya. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.