Semua Ahli Perlu Setia Kepada Zahid – UMNO Pahang

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili seluruh anggota parti itu di negeri ini turut menyatakan kesetiaan serta pendirian untuk terus berdiri teguh bersama-sama kepimpinan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO Pahang yang menyatakan sokongan penuh kepada Zahid menerusi Wan Rosdy berkata pemimpin mereka kini berhadapan dengan cabaran. 

“Kami juga berdoa kepada Allah, agar beliau dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam melalui saat-saat yang menggetirkan ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta hadir ke SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan – buat kali keenam berhubung siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan.

Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, diminta hadir di bangunan SPRM itu pada 3 petang hari ini.

SPRM kini menjalankan siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarga Ahmad Zahid, yang juga pengerusi yayasan itu, yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.