“Rupanya, Free Tol Sudah Menjadi Free Mimpi” – Najib

KUALA LUMPUR -Bekas Perdana Menteri berkata Pakatan Harapan telah memperdayakan akal pengundi apabila berkata terpulang kepada rakyat untuk bermimpi pelaksanaan lebuh raya tanpa tol dalam negara akan berjaya.

Kata Datuk Seri Najib Razak meerusi posting di Facebooknya, jika tidak mampu menghapuskan tol di lebuhraya namun Pakatan Harapan boleh mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadarnya sebagai langkah meringankan beban sungguhpun gagal menunaikan manifesto mereka ada pilihan raya yang lalu.

“PH sudahpun memperdaya pengundi mereka kerana gagal memenuhi manifesto, tetapi tak perlulah memperlekeh akal pengundi.

“Ketika saya Perdana Menteri, saya berjaya menghapuskan beberapa tol pada masa ke semasa kita berupaya, membantu Sarawak menghapuskan semua tol pada 2016, menghalang sebarang kenaikan tol di lebuhraya dimiliki PLUS dan mebina lebuhraya baru bebas tol seperti Central Spine Road (CSR) dan lebuhraya Pan-Borneo. Mengapa PH tidak dapat melakukan sedemikian?

“Jika kerajaan PH tak mampu tunaikan janji manifesto mereka untuk menghapuskan tol, sekurang-kurangnya mereka boleh mengurangkan kadar tol,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Baru Bian dalam Dewan Rakyat hari ini bahawa terpulang kepada rakyat untuk bermimpi melihat negara ini memiliki lebuh raya tanpa tol.

“Adalah tidak patut untuk Menteri Kerja Raya menyatakan di Parlimen pagi ini bahawa rakyat boleh terus bermimpi jika mereka mahu kerana kerajaan PH tidak akan menghapuskan tol atau membina lebuhraya tanpa tol,” tambah Najib.

““Mengenai soalan dibangkitkan adakah rakyat ini bermimpi untuk melihat lebuh raya tanpa tol, itu terpulang…,” kata Baru Bian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas).

Terdahulu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mustahil membina lebh raya tanpa mengenakan kutipan tol.

Kemudian, Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan (PH), Datuk Rais Hussin mendakwa rakyat keliru dengan janji gabungan itu berkaitan penghapusan tol kerana tidak membaca manifesto berkenaan dengan teliti.

Katanya, PH menerusi manifestonya hanya berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya, berusaha mencari jalan mengurangkan kadar tol dan memansuhkan kutipan tol, kalau boleh.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.