Pasangan Kontroversi DAP, Zairil-Dyana Sofya Kahwin 9 Disember

SHAH ALAM – Bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan, Dyana Sofya Mohd Daud pada 9 Disember ini. 

Kad undangan majlis perkahwinan pasangan berkenaan sudah mula tersebar di media sosial.

Sebelum ini, Zairil yang juga ADUN Tanjung Bungah pernah mengesahkan majlis perkahwinannya dengan Dyana dijangka diadakan akhir tahun ini.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Mac lalu.

Pada Oktober 2014, kedua-duanya terpalit dengan kontroversi selepas beberapa keping gambar intim mereka tersebar di laman sosial, namun dinafikan pasangan terbabit.

Pasangan itu sekali lagi menjadi perhatian pada April tahun lalu selepas video individu yang mirip mereka menari mesra, turut viral di laman sosial.

Dyana Sofya dalam kenyataan di laman Facebook ketika itu, bagaimanapun tidak menafikan mahupun mengesahkan individu dalam foto itu adalah beliau sebaliknya hanya menyifatkan penyebaran gambar itu sebagai pencerobohan kehidupan peribadi dalam kehidupan seseorang.

Zairil ketika itu pula menafikan individu yang menari mesra di dalam video itu ialah beliau.

Zairil sebelum ini berkahwin dengan Noor Dahlia Hamzah namun menurut maklumat yang turut tular di media sosial, mereka sudah bercerai pada Oktober tahun lalu namun tidak dapat dipastikan kesahihannya. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.