Khidmat ETS, Komuter Terjejas Akibat Nahas

TANJUNG MALIM: Nahas membabitkan tren kargo dan tren KTM Komuter di Stesen Tanjung Malim pada jam 6.02 pagi tadi menyebabkan kelewatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sektor utara dan KTM Komuter laluan Tanjung Malim-Kepong.

KTM Berhad, dalam satu kenyataan, memaklumkan kemalangan itu menyebabkan perkhidmatan ETS sektor utara mengalami kelewatan antara 10 hingga 15 minit manakala KTM Komuter laluan Tanjung Malim-Kepong mengalami kelewatan antara 20 hingga 30 minit.

Menurutnya, kelewatan perkhidmatan tren ini berlaku kerana penggunaan satu landasan sahaja di antara Tanjung Malim dan Kuala Kubu Baru.

“Kemalangan kedua-dua tren berkenaan bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa. KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan.

“Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari Twitter @ktm_berhad,” menurut kenyataan itu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.