Jambatan Bengkok Bukan Keutamaan, Ekonomi Tak Mengizinkan – Azmin

KUALA LUMPUR ― Datuk Seri Azmin Ali mendakwa sekarang bukan masa sesuai untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok ke Singapura.

Menteri hal ehwal ekonomi berkata sekarang bukan masa sesuai memandangkan keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinkan.

“Saya tidak fikir sekarang masa yang sesuai untuk projek itu,” katanya kepada pemberita di Parlimen semalam.

Azmin berkata projek infrastruktur seperti jambatan bengkok bukan satu keutamaan kepada Pakatan Harapan.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian kelmarin berkata kerajaan negeri berminat meneruskan projek itu.

Jambatan bengkok dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi perdana keempat namun ditolak Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas itu.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor berpandangan pembinaan hospital lebih penting daripada projek tersebut.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah kerajaan negeri seharusnya meneruskan pembinaan hospital di Pasir Gudang.

“Semua hospital di JB, termasuk daerah-daerah memerlukan lebih katil dan alat perubatan,” coret baginda di laman Twitter semalam. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.