Video: Orang Bugis Desak Mahathir Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf

Putrajaya – Kira-kira 200 orang Bugis hari ini berkumpul di depan pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Negara bagi mendesak pengerusi Pakatan Harapan itu menarik balik kenyataan yang menghina orang Bugis ketika berucap pada Himpunan Anti Kleptokrasi di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia,  Tasman Matto, kenyataan Mahathir itu telah mencetuskan kemarahan dan rasa kurang senang di kalangan masyarakat Bugis di negara ini.

“Kenapa sekarang Bugis kena kembali ke Sulawesi. Kami kan orang Malaysia. Kalau kami bertanya beliau dari mana? Di mana asal usul beliau? Jadi soal kesukuan jangan kita panjangkan,” kata Tasman kepada pemberita.

Tasman juga mendesak Mahathir tarik balik ucapan dan minta maaf kepada kaum Bugis.

Dalam ucapannya pada perhimpunan Anti Kleptokrasi itu, Mahathir menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggelarnya sebagai ‘lanun Bugis’.

Mahathir berkata “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Kenyataan jengkel bekas Perdana Menteri itu adalah yang terburuk pernah dinyatakannya hingga mencetuskan kemarahan ramai kerana beliau bersikap rasis serta melampau.

Saksikan video berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.