Soros Pindahkan RM76 Bilion Ke Yayasan Miliknya

NEW YORK – Hartawan kewangan Amerika Syarikat, George Soros, 87, sudah memindahkan AS$18 bilion (RM76.02 bilion) kepada yayasannya yang mempromosikan demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan akhbar.

“Jumlah dana itu menggambarkan proses pemindahan aset yang sudah dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

“Soros merancang memindahkan majoriti kekayaannya kepada Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF),” kata jurucakap Soros, Laura Silber kepada AFP, semalam, lapor BH.

Menurut Tabung Dermawan Kebangsaan, OSF adalah yayasan kedua terkaya di Amerika Syarikat selepas Yayasan Bill & Melinda Gates, yang mempunyai dana pembiayaan sebanyak AS$40 bilion (RM16 8.94 bilion).

Sementara itu, Soros, pelabur kelahiran Hungary yang terkenal dengan langkah pelaburan kewangan berisiko adalah pengerusi OSF, manakala tiga anaknya adalah ahli lembaga pengarah yayasan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.