Merokok Di Pantai Thailand Akan Didenda RM12,757

MEREKA yang melanggar larangan merokok di 20 pantai pelancongan Thailand akan didenda 100,000 baht (RM12,757) atau penjara sehingga setahun.

Larangan itu yang akan dikuatkuasakan November ini, berikutan pihak berkuasa membersihkan kira-kira 140,000 puntung rokok di sepanjang 2.4 kilometer Pantai Patong di Phuket.

Pelaksanaanya dilakukan ketika kemuncak musim pelancongan yang turut membabitkan Krabi, Koh Samui, Pattaya, Phuket dan Phang Nga.

“Pantai ini antara yang tercantik di Asia Tenggara dan larangan itu bertujuan memastikan keindahan itu kekal,” kata Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn, dalam kenyataan hari ini.

Perokok perlu menggunakan kemudahan disediakan dilengkapi bekas membuang puntung rokok.

Menurut TAT, mereka yang ditahan kerana merokok di pantai boleh dikenakan hukuman penjara atau denda 100,000 baht (RM12,757) -Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.