Izara Aishah Tak Risau ‘Saham Merudum’

KUALA LUMPUR — Pelakon Izara Aishah yang bakal berkahwin dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza tidak gusar “saham” lakonannya merudum.

Mula terkenal menerusi drama Vanilla Coklat, beliau juga tidak risau dengan tawaran berlakon selepas bernikah dengan Adib Khalid, lapor Berita Harian.

“Peminat sudah bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin,” kata Izara.

Beliau juga akan memilih watak sama ada sebelum atau selepas berumahtangga. “Prinsip itu kekal tidak kiralah sebelum atau selepas berkahwin,” katanya.

Izara dan anak lelaki ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mula berkenalan sejak tiga tahun lalu.

Majlis pernikahan dan persandingan mereka dijadual pada 17 November ini, manakala majlis menyambut menantu pihak lelaki dua hari kemudian. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.