Elak Jumpa Persatuan Bugis, Mahathir Lari Tinggalkan YKP

Semegah-megah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang disanjung tinggi itu, rupa-rupanya pengecut juga akhirnya.

Dia dikesan telah lari meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di Putrajaya sambil mengunci pintu pejabat itu sejurus selepas mengetahui kira-kira 200 Bangsa Bugis datang mahu menemuinya.

Mereka mewakili Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia bertindak datang ke pejabat Mahathir bagi menuntut kemaafan dari Pengerusi Pakatan Harapan berkenaan.

‘Kerana mulut badan binasa’

Ini rentetan daripada tindakan Mahathir dipercayai menghina bangsa Bugis semasa ucap utama Himpunan Hapus Kleptokrasi yang gagal pada 14 Oktober lepas.

Di dalam ucapan itu, Mahathir berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus ‘dihalau’ pulang ke Sulawesi iaitu tempat asal bangsa Bugis.

Dia juga mengingatkan para penyokongnya, asal keturunan bangsa Bugis ini adalah dari kalangan lanun.

‘Tuntut maaf Mahathir’

Mereka berkumpul kira-kira selama lebih setengah jam dengan kebanyakannya membawa sepanduk tertulis ‘Kami bukan lanun’ dan ‘Mahathir berasal dari mana’ serta melaungkan kenyataan ‘Kami bukan lanun’.

Walaupun Mahathir bertindak pengecut dan takut untuk bertemu, wakil 70,000 ahli persatuan bangsa Bugis itu akan tetap mendesak Pengerusi PPBM memohon maaf secara terbuka.

Sikap Mahathir yang hanya berani di gelanggang dan dihadapan penyokong sendiri amatlah mengecewakan ramai pihak.

Sebelum ini dia terkenal sebagai seorang pemimpin yang tidak tahu erti pengecut, namun selepas ‘bersekedudukan’ dengan DAP, sifatnya mula berubah.

Daripada seorang yang ‘ultra Melayu’, Mahathir sudah bertukar wajah menjadi ‘ultra DAP’. Daripada seorang Negarawan yang berhati kental dan berani menghadapi cabaran, sekarang Mahathir sudah bertukar menjadi seorang lelaki tua yang pengecut untuk berhadapan dengan kenyataan.

Mahathir yang sekarang bukanlah Mahathir yang pernah kita kenali dahulu… –Tv14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.