Budak Perempuan Dua Tahun Parah Digigit Anjing Selepas Kemalangan

BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah digigit seekor anjing di hadapan rumah kedai di Taman Banang Height, di sini kelmarin.

Mangsa, Ainin Syuhadah Syahrul Nizam mengalami kecederaan di bahagian kepalanya.

Ibunya, Noor Fazilah Ishak, 30, kakak dan bapa saudaranya turut terlibat dalam kejadian yang dialami ketika mereka menaiki motosikal itu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, motosikal dinaiki mereka terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang berhenti untuk memunggah barang.

Rakaman berdurasi lebih seminit itu menunjukkan motosikal dinaiki mangsa bersama keluarganya merempuh pintu kedai berhampiran lokasi kejadian dan anjing yang diikat berdekatan terus menerkam Ainin Syuhadah.

Orang ramai yang melihat kejadian itu segera membantu melepaskan kanak-kanak itu daripada anjing yang mengigit kepalanya.

Difahamkan, kanak-kanak itu mengalami kecederaan akibat digigit anjing, manakala ibu, kakak dan bapa saudaranya tidak mengalami kecederaan.

Ainin Syuhadah kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.