Bintang Muda Kelantan Terhangat Di Pasaran

Belum tamat lagi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini, pemburuan pemain-pemain berbakat tempatan oleh pasukan-pasukan gergasi tanah air bagi mengharungi saingan bola sepak musim depan sudah pun bermula.

Sudah tentunya pasukan Kelantan yang kini memiliki ramai pemain muda berbakat berasa bimbang memandangkan ada bibit-bibit rundingan sedang berlaku bahkan ada yang sanggup berbelanja besar untuk memancing bintang dalam pembikinan skuad The Red Warriors (TRW) musim ini, lapor Kosmo.

Lebih menggusarkan, seramai sembilan bintang muda dalam skuad Piala Presiden dan TRW dijangka tamat kontrak pada November depan sekali gus membolehkan mereka bebas memilih pasukan untuk diwakili musim 2018.

Antara nama yang menarik perhatian pasukan-pasukan gergasi ialah Mohammad Qayyum Marjoni Sabil dan Mohd. Daniel Asyraf Abdullah.

Justeru, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu bertindak pantas jika tidak mahu berputih mata menyaksikan nadi Kelantan disambar pasukan gergasi lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.