Video: Pelajar Menjerit Ketakutan, Dicampak Dalam Kolam Ular Sawa

Satu rakaman video kini menjadi viral di media sosial yang merakam sekumpulan pelajar dibuli sehingga menjerit ketakutan apabila mereka didenda dengan dicampakkan ke dalam sebuah kolam yang mengandungi ular sawa.

 

Dalam rakaman video yang berdurasi 2 minit 49 saat itu, menunjukkan beberapa  orang pelajar perempuan diletakkan di dalam sebuah kolam dan mereka cuba untuk keluar dari kolam tersebut yang mengandungi ular sawa.

 

Melalui rakaman tersebut, pelajar-pelajar tersebut meronta-ronta untuk keluar dari kolam tersebut kerana takut dengan ular yang berada di dalam kolam tersebut.

 

Dikatakan, pelajar – pelajar tersebut telah diletakkan di kolam tersebut oleh Angkatan Pertahanan Awam Perak dalam satu kem jati diri yang dijalankan oleh mereka.

 

Penggunaan ular tersebut didakwa untuk  kononnya membina semangat pelajar sekolah rendah terbabit.

 

Rakaman berkenaan nyata menimbulkan kemarahan dikalangan netizen dan rata-rata daripada mereka mengecam tindakan tersebut.

 

” Siapa yang setuju dengan cara ini memang sah bodoh tak bertempat. Nak naikkan jata diri kepala otak kamu. Tak kira ular tu ada bisa atau tidak, tapi sekali kena patuk memang akan cedera.Otak letak di mana? Suka jadi hiburan atas ketakutan orang lain?” kata Zaidin D. Faizul.

 

“Minda kanak-kanak dan orang dewasa berlainan.Mereka melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza..Kalau buat program ni kat orang dewasa aku boleh terima sebagai nak hilangkan ketakutan.. Ini buat dekat budak-budak. Trust me.. Benda ni menambahkan fobia mereka,”ujar Rizal Jamil.

 

“Melampau betul letak ular. lain kali letak la harimau ke, buaya ke. tapi jangan buat kat budak-budak.. buat kat penganjur , jurulatih dengan yang rakam tu. jilake betul,” kata Iqbal Khalid. -SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.