Usul Hadi Ditolak Ke Bawah

KUALA LUMPUR – Usul ‘hudud’ yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah pada hari kedua sesi ketiga dan terakhir Parlimen tahun ini.

 

Hadi akan membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

 

Usul Hadi yang sepatutnya nombor 4 dalam senarai kini di tolak ke nombor 7 pada hari ini kerana lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.

 

Hal ini merupakan perkara lazim kerana usul kerajaan akan didahulukan berbanding usul persendirian.

 

Dengan kedudukan usul tersebut, berkemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan dan berkemungkinan akan ditolak lebih bawah.

 

 

Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi fokus kepada Bajet 2017 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat ini.

 

Dalam pada itu, sekiranya usul Hadi terus ditolak ke bawah, beliau hanya akan berpeluang sekiranya beliau memohon kerajaan menaikkannya kerana perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.