Syarat Halal Jakim : Penjenamaan Semula Nama ‘Coney Dog’, ‘Root Beer’

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  melarang penggunaan istilah yang sinonim dengan bahan tidak halal dan memastikan penjenamaan semula makanan popular di Malaysia.

 
Ia termasuk menu utama rangkaian makanan segera A&W seperti “Coney Dog” dan “Root Beer”, yang kini dinamakan semula “Chicken Coney” atau “Beef Coney”, dan “Root Beer” yang kini dikenali sebagai “RB”.

 

 

Penolong pengurus jaminan kualiti dan halal A&W, Shahidah Wahid, bagaimanapun mengesahkan penukaran nama itu 2 tahun lalu kerana wujudnya konflik untuk memohon sijil halal, petik sebuah portal.

 
Dokumen bertajuk “Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia” yang dikeluarkan 2 tahun lalu itu menyenaraikan perkataan “ham”, “bak kut teh”, “bacon”, “beer”, “rum”, “hotdog” dan “charsiew”, antara istilah yang menurut Jakim boleh “mengelirukan”.

 
Ia merupakan antara 9 syarat pensijilan halal terhadap pengilang yang memohon sijil halal daripada Jakim.

 

 

Baru-baru ini, rangkaian francais menjual pretzel, Auntie Anne berkata Jakim belum dapat memberikan sijil halal kepada syarikat itu dan antara alasannya ialah salah satu produk dinamakan “pretzel dog”.

 
Seorang eksekutif Auntie Anne, Farhatul Kamilah Mohamed Sazali yang bertanggungjawab terhadap kualiti dan jaminan halal, menerusi Facebooknya berkata, pihaknya sudah mengemukakan cadangan nama baharu kepada Jakim.

 
Ginger Beer dan Root Beer juga dijenamakan semula menjadi Sarsparilla dan Ginger Ale.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.