Mahathir Seperti Hilang Rasional – Irmohizam

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim  menyifatkan Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya yang mendakwa bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak kini terdesak untuk melemahkan semangatnya adalah kenyataan bersifat peribadi.

 

Menurut beliau, sebagai mantan perdana menteri, Mahathir mengeluarkan idea yang bernas lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi ketika ini, namun dakwaan tersebut memperlihatkan beliau seperti hilang rasional.

 

“Dengan dakwaan seperti itu, beliau seolah-olah seperti hilang rasional, seharusnya dalam keadaan pasaran ekonomi yang tak menentu ketika ini, beliau mengemukakan idea bernas, lebih-lebih lagi untuk kukuhkan kedaulatan dan sebagainya,” katanya.

 

Khamis lalu, dalam tulisan di blognya, Mahathir mendakwa bukan sahaja pengawal pengiring motosikal polis untuknya ditarik balik, tetapi pegawai dan tukang masak beliau pun hendak ditukarkan oleh kerajaan.

 

Tambah  Pengerusi Bersatu itu lagi, rakan-rakannya juga diganggu dengan pelbagai ugutan, terutama mereka yang memilih untuk menyertai Bersatu. Begitu juga kakitangan dalam Proton juga disekat untuk bercakap dengan beliau.

 

“Saya nampak perkara ini lebih kepada provokasi. Jika betul keadaan ini berlaku, saya sarankan kemukakan nama mereka yang diugut, yang didakwa tidak mendapat kemudahan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan sebagainya itu, tunjukkan bukti,” ujarnya.

 

Namun Irmohizam membidas kenyataan Mahathir dengan berkata negara mengamalkan sistem demokrasi dan rakyat bebas untuk memilih institusi dan parti yang ingin disertai, tiada sekatan untuk berbuat demikian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.