Legoland Malaysia Tarik Pengunjung Dengan Karakter Seram Sehingga 31 Okt Ini

Taman tema Legoland Malaysia Resort bukan hanya memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati permainan lego, tetapi kini pengunjung bakal merasai pengalaman bertemu karakter-karakter menarik seperti Frankenstein, Green Witch, Zombies, Ghouls dan Monster March sehingga 31 Okt ini.

 

 

Seperti kempen yang bermula sejak 16 September disasarkan kepada peminat karakter seram seperti zombi, hantu dan raksasa, mengangkat tema Halloween-Brick or Treat bagi peminat yang menantikan karakter ini diketuai oleh Lord Vampyre.

 

Kehadiran pengunjung di ‘kediaman rasminya’ iaitu LEGO@Kingdoms yang menerima sentuhan sedikit menyeramkan dengan tambahan dekorasi lampu labu dan sarang labah-labah sebagai satu tarikan.

 

Menurut Pengarah Operasi Legoland Malaysia, Casper Bonavent, seiring dengan kempen yang dijalankan, pihaknya tidak melupakan golongan kurang bernasib baik untuk turut sama merasai pengalaman luar biasa Halloween-Brick or Treat secara percuma.
Katanya, kanak-kanak yang memakai kostum terbaik akan memperoleh tiket masuk percuma.

 

 

Ujar Bonavent, usaha itu akan dilakukan secara berterusan untuk memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik meneroka taman tema tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.