Larangan Pakai Cermin Mata Untuk Visa, Pasport AS

WASHINGTON – Jabatan Negara melarang pemohon memakai cermin mata dalam gambar untuk dokumen permohonan visa dan passport.

 

ABC News melaporkan, arahan itu dikuatkuasakan mulai 1 November ini.

 

Dalam notis yang dikeluarkan, jabatan itu berkata, langkah itu diambil untuk “menghapuskan silau dan bayang-bayang” yang boleh menyebabkan kelewatan dalam memproses permohonan dan memastikan standard gambar konsisten.

 

Hanya dalam keadaan yang jarang berlaku, jika pemohon mempunyai keperluan perubatan semasa perjalanan segera, pemakaian cermin mata akan dibenarkan.

 

Jabatan itu menjangka akan memproses lebih daripada 20 juta visa dan pasport tahun ini dalam bajet semasa yang berakhir pada Oktober depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.