Jepun Perkenal Sistem Pengecaman Wajah Automatik, Sekat Pengganas

TOKYO – Jepun memperkenalkan sistem pengecaman wajah automatik kepada para pelancong yang memasuki negara itu, bagi mengekang kemasukan pengganas di negara itu.

 

Ia sebagai salah satu langkah berjaga-jaga menyekat kebebasan pelancong menjelang Sukan Olimpik 2020.
Dpa melaporkan, Pihak berkuasa imigresen berkata, sistem itu akan digunakan di 156 lapangan kapal terbang dan pelabuhan seluruh negara itu serta berkuatkuasa kepada kesemua pelancong asing kecuali kanak-kanak berusia bawah 16 tahun, para diplomat dan penduduk tetap yang mempunyai permit.
Sistem baharu itu akan membandingkan wajah pelancong asing dengan rupa pengganas yang disyaki.

 

Jika wajah seseorang itu sepadan, mereka yang ditangkap akan berhadapan hukuman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.