Jamal Tidak Peduli Dakwaan Muhyiddin

SHAH ALAM – Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyifatkan beliau tidak ambil peduli terhadap dakwaan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau yang menghancurkan hubungan kaum di negara ini.

 

Menurut beliau, Muhyiddin mengeluarkan dakwaan tersebut hanya kerana kekecewaan yang beliau hadapi.

 

“Jika dahulu Muhyiddin memandang sesuatu itu putih, namun hari ini semua yang putih telah menjadi hitam dan buruk.

 

“Umpama pasangan suami isteri telah bercerai, masing-masing cuba untuk memburukkan pasangan mereka sedangkan perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan sebelum ini,” katanya.

 

Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan mendakwa Jamal sebagai punca hubungan kaum di negara bermasalah ekoran daripada gerakan berada rasis kumpulan Baju Merah yang diketuainya.

 

Namun sebaliknya Jamal berkata, beliau langsung tidak hairan dengan tuduhan itu sebaliknya dan akan meneruskan gerakan memprotes perhimpunan Bersih 5.

 

“Kami akan melipat gandakan lagi usaha untuk memprotes perhimpunan Bersih 5 kerana ianya bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita,” ujarnya.

 

Tambah beliau lagi, pemimpin-pemimpin Bersih bersekongkol dengan mereka yang jelas lari daripada prinsip demokrasi dan nilai-nilai murni dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.

 

“Pemimpin yang mereka agungkan umpamanya Lim Guan Eng sedang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah. Mengapa mereka tidak desak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sehingga selesai kesnya dibicarakan?.

 

“Datuk Seri Anwar Ibrahim juga disabitkan bersalah atas kesalahan meliwat. Apakah mereka mahukan pemimpin-pemimpin sedemikian untuk menjadi perdana menteri?,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.