Jamal Tak Peduli Dakwaan Muhyiddin

SHAH ALAM – “Jika dahulu Muhyiddin memandang sesuatu itu putih, namun hari ini semua yang putih telah menjadi hitam dan buruk,”kata Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membalas dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu yang memecah belahkan hubungan kaum di Malaysia.

 

Malah menurutnya, dakwaan Muhyiddin itu adalah ‘kata-kata orang kecewa’ yang diucapkan selepas beliau dipecat daripada jawatannya.

 

“Umpama pasangan suami isteri telah bercerai, masing-masing cuba untuk memburukkan pasangan mereka sedangkan perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan sebelum ini,” katanya.

 

 

Jamal berkata, beliau langsung tidak hairan dengan tuduhan itu sebaliknya akan meneruskan gerakan memprotes perhimpunan Bersih 5.

 

“Kami akan melipat gandakan lagi usaha untuk memprotes perhimpunan Bersih 5 kerana ianya bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita,” tegasnya, petik Sinar.

 

Dalam pada itu, katanya pemimpin yang mereka agungkan umpamanya Lim Guan Eng sedang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah.

 

“Mengapa mereka tidak desak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sehingga selesai kesnya dibicarakan?.

 

“Datuk Seri Anwar Ibrahim juga disabitkan bersalah atas kesalahan meliwat. Apakah mereka mahukan pemimpin-pemimpin sedemikian untuk menjadi perdana menteri?,” soalnya.

 

Kelmarin, dalam satu kenyataan, Muhyiddin mendakwa Jamal sebagai punca hubungan kaum di negara berada di paras paling rendah disebabkan sokongan tersirat terhadap gerakan rasis kumpulan Baju Merah yang diketuainya.

 

 

Katanya, pemimpin-pemimpin Bersih bersekongkol dengan mereka yang jelas lari daripada prinsip demokrasi dan nilai-nilai murni dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.