Isu Solat Jumaat Hari Sabtu, NGO Buat laporan Polis

KUALA LUMPUR – Ekoran dariapada cadangan seorang aktivis mengadakan solat Jumaat pada hari Sabtu, Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) membuat laporan polis berkenaan isu ini.

 

Badan bukan kerajaan itu membuat laporan tersebut di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

 

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor membidas cadangan ini dan berkata bahawa isu ini tidak perlu wujud kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama bahawa solat Jumaat hanya dilakukan pada hari Jumaat.

 

Terdahulu, cadangan seorang aktivis untuk menukar solat Jumaat kepada hari sabtu adalah disebabkan mahu memudahkan umat islam untuk melaksanakannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.