‘Hanya China Saja Boleh Menolong Kami’ – Duterte

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sudi untuk menjalankan latihan ketenteraan dengan China dan bukan  lagi dengan sekutu lamanya, Amerika Syarikat (AS).

 

 

AFP melaporkan, Duterte ke Beijing dalam lawatan kerja empat hari dipercayai bagi mengukuhkan hubungannya dengan China dan menjauhkan diri dari AS ekoran kritikan dilemparkan oleh Presiden AS, Barack Obama terhadap caranya mengendalikan jenayah di Filipina.

 

Agensi berita China, Xinhua memetik Duterte sebagai berkata, hanya China sahaja boleh menolong mereka.

 

 

Dalam pada itu, Duterte turut memberitahu beliau sudi untuk bersama-sama menjalankan latihan ketenteraan dengan China dan Rusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.