Bukan Mudah Bawa Nicol David Pulang, Kata Khairy

KUALA LUMPUR – Keputusan membawa ratu skuasy negara, Datuk Nicol David kembali ke tanah air bukanlah keputusan yang mudah, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

 

Beliau berkata, akan berbincang secara menyeluruh dengan ikon sukan negara itu bersama jurulatih, pegawai Program Podium dan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) bagi meneliti segala aspek pembangunan Nicol.

 

“Boleh dikatakan beliau berada di penghujung karier dan mungkin ada beberapa tahun lagi tetapi yang pastinya beliau tidak di awal karier.

 

“Jadi kita perlu fikirkan yang terbaik supaya kekuatan fizikal, yang paling penting seperti mana dalam perbincangan saya bersama dia (Nicol) pada awal tahun ini adalah keadaan mental beliau perlu dikuatkan supaya dapat mengembalikan corak kemenangan dalam permainan beliau,” katanya, petik BH.

 

Mengenai pandangannya membawa Nicol semula berlatih di negara ini, Khairy berkata, banyak aspek perlu diambil kira termasuk jurulatihnya, Liz Irving yang berada di Amsterdam dan soal memudahkan atlet itu menyertai pertandingan di Eropah.

 

“Liz Irving juga membimbing beberapa atlet lain, jadi jika Nicol mahu terus bersama dia, ia adalah sukar kalau dia balik ke Malaysia. Melainkan Nicol sendiri mahu bertukar jurulatih,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.